Alhamdulillah hari ni Allah beri kekuatan untuk menggerakkan jari jemari untuk menulis di ruangan blog ini. Sambil mendengar lagu John Legend, All Of Me.. hehehe (melayan feeling sikit). Ok kembali kepada tajuk kita, Cita-cita, Minat Vs Tanggungjawab. Jadi Rasya nak kongsi sedikit la, apa itu cita-cita , apa itu minat, dan apa itu tanggugjawab :) stay tuned...
Menurut kamus dewan edisi keempat, cita-cita adalah harapan, hasrat dan keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.
Manakala, minat bermaksud keinginan dan kecenderungan untuk melakukan sesuatu .
Akhir sekali, tanggungjawab bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib di tanggung.
Ok semua definasi ini Rasya ambil dari kamus dewan edisi keempat ye. Kalau tak percaya, boleh semak, kalau ada salah,silap dan kekurangan boleh lah tegur, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan hihi...
Ok, so Rasya nak share definasi cita-cita, minat dan tanggugjawab dalam diri Rasya pula. Waktu kecil , Rasya bercita-cita nak jadi guru, doktor, ahli perniagaan, polis, ahli sains dan lain-lain pendek cerita hihi semua yang gempak-gempak la. Cita-cita nak menjadi seorang cikgu paling lama, sampai masa kat matrikulasi rasanya.
Masuk Universiti, Rasya masuk PALAPES, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Ok untuk tahun pertama memang terpahat la nak jaid Pegawai Askar. Hihi.. Namun, akhirnya Rasya akui naluri dalam diri ini tidak sesuai menjadi askar.
![]() |
| Gambar semasa tauliah di UUM cuba teka Rasya yang mana..hihi |
Tahun keempat di Universiti, bermula la hidup Rasya sebagai peniaga. Rasya mula-mula ikut kawan je. Tetiba bila dapat sambutan , Rasya aktif berniaga. Cube teka niaga apa?
Hehe.. Rasya berniaga produk kecantikan. Sebenarnya banyak kisah disebalik perniagaan pertama, tak pe next entry Rasya cerita. Produk kecantikan antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Hampir 50% margin keuntungan. Rasya memang sangat bahagia zaman belajar dan berniaga. Kita boleh cari duit poket sendiri la waktu tu :) kebetulan tahun empat memang tak banyak kelas, cuma perlu siapkan projek. Jadi masa yang ada, Rasya guna sebaik-baiknya.
![]() |
| Produk pertama Rasya jual, aurawhite hihi.. |
Jadi lepas habis belajar, membara-bara minat Rasya nak berniaga sendiri, so Rasya dah bulatkan tekad untuk memilih untuk menjadi Ahli Perniagaan. :) Yahoooo!! dah tak perlu nak buat resume dan menghadiri interview. hihi..
So dah terjawab , Rasya bercita-cita ingin menjadi Ahli Perniagaan dan minat yang tinggi dalam bidang kecantikan.
![]() |
| gambar xde kaitan hihi feeling masa konvo.. |
Ok rasa macam kene stop dulu.. jangan lupa nantikan sembungan nya dalam entry seterusnya kawan-kawan!!
Salam sayang buat semua...
Muahhh... <3




No comments:
Post a Comment