Alhamdulillah, berpeluang nak sambung celoteh Cita-cita, minat vs tanggungjawab. Ok, pada entry yang lepas, sudah terjawab minat Rasya adalah dalam bidang kecantikan, manakala cita-cita Rasya adalah ahli perniagaan. :)
![]() |
| Sempat bergambar dengan Datuk Maznah Hamid, beliau sangat memberi inspirasi kepada saya |
Hurmm..Jadi, mesti ramai yang teka.. terus jela berniaga produk kecantikan. Senang, apa nak dipening-pening kan. Hihi.. Sebenarnya memang tu la yang Rasya inginkan. Seronok sangat taw berniaga bidang yang kita minat, Semua perkara jadi mudah dek kerana minat yang tinggi.
Namun, Rasya punya tanggungjawab sebagai anak kepada mak dan ayah. Rasya perlu menggalas tanggugjawab sebagai penyambung empayar perniagaan produk makanan yang sedia ada. Di awal nya, Rasya rasa mudah. Untuk buat separuh masa berniaga produk kecantikan, masa sepenuhnya pula fokus untuk produk makanan. Ternyata semua itu tak semudah yang di sangka.
![]() |
| Antara pesanan usahawan Islam yang berjaya |
Rasya mula membuat keputusan untuk korbankan salah satu perniagaan, walaupun berat hati tapi Rasya buat sekiranya ingin menjadi usahawan yang berjaya. Alhamdulillah, sekarang secara rasmi Rasya membantu keluarga menjalankan perniagaan. :) Namun, sekiranya ada kelapangan, Rasya masih melayan pelanggan-pelaggan setia produk kecantikan. Rasya percaya networking didalam perniagaan adalah sangat penting. Setiap orang berpotensi membawa rezeki kepada seseorang yang bergelar usahawan.
Terjawab sudah.. :)
Andai ada yang nak share pendapat.. Rasya alu-alukan...
Salam sayang buat semua..
Muahhh... <3


No comments:
Post a Comment